Perhatian Kepada Pelawat Yang Dihormati

Selamat Datang Ke Blog Ini,Rajen-Rajenlah Drop Ur Comment and Click Follow Tu kay?

Hubunganku Dengan Encik Blog

Daisypath Friendship tickers

Pengushar Tegar

Sudah Sekian Lama

Hy! i'm back baby (^__^)
dah berapa lama aku tak update eh?

malas la nak kira :p
oke sempena cuti sekolah yang pendek ni
aku kenalah rajin rajinkan jugak post ni haha


Well,aku baru je habis ujian topical
erm..selalu sangat kita target A kan?
apakata kita target FAILED pulak kali ni? :)
aku rasa aku boleh dapat 10 subjek failed kali ni
ish3 hebat sangat la aku ni!! (x__x)


Kepada beberapa kawan kawan aku yang pindah tu
aku ucapkan korang suma berBAHAGIAlah di sana
credits to Ashraf and Ariff
belajar bebaik dan kami disini akan sentiasa merinduimu <3


Setakat ini sajalah coretan aku serba sikit..
kesian blog ni dapat tuan yang malas nak update haha
Selamat bercuti semua! manfaatkan cuti anda ^___^






Valentine Day's

Korang tau kan Valentine Day's tu hari ape?
yea..hari kekasih yang disambut di seluruh dunia pada 14 Februari setiap tahun
pada hari ini juga la para gadis dan wanita memberikan coklat kepada orang yang diorang sayang khususnya lelaki
hukum menyambut hari ini adalah haram
kerana ia adalah hari yang disambut oleh orang bukan islam
dan akan menyebabkan pelbagai gejala maksiat seperti perzinaan
kenapa aku buat entry sal hari kekasih ni?
untuk menyokong kempen



'Say NO to Valentine Day'



Visit to Helang Atas Batu Kawi

Time hujung minggu baru boleh wat entry baru..
buzy gak la kalo time sekolah tu..
orang kata,form 4 ni still dalam HONEYMOON
budak pandai-pandai cam korang boleh la kata centu
korang nak honeymoon ke honeydew pun terserahlah
kalau budak x pandai cam aku ni memang x boleh la nak relaks sangat
sekarang pun kalo time kat sekolah banyak lagi subjek yang aku x paham

___________________________________________

Oke..berbalik pada tajuk entry ni..
sebenarnye time cuti chinese new year haritu..abah la buat keputusan mengejut nak pergi langkawi..kitorang memang x ready apa-apa pun..rush je time petang jumaat tu



Then check in hotel
rehat-rehat pastu pergi la makan dinner malam tuhh
on the way nak pergi retaurant tu..selalu sangat nampak kedai camera
time tu la terdetik kat dalam hati
'weyh! aku nak DSLR jugakk lahh!'
HAHA kesiannya kat aku time tuhh
*hakikatnya aku pun x tau kegunaan DSLR tu untuk apa
snap snap je kan? xD
________________________________________
Next day,kitorang pergi Oriental Village
awal-awal memang niat nak pergi naik kereta kabel tuhh
tapi...dah nama pun chinese new year
orang beratur nak naik tu pun dah memang gila punya banyakk
yang aku pelik..kenapa kat langkawi ni ramai sangat orang cina
kedai cina pun belambak yang bukak

'lu olang cina talak balik kampung aa time hali laya?'

Kereta Kabel yang x kebal

Lastly kitorang try naik *SEGWAY*
tiap tiap kali pergi langkawi x pernah lagi naik benda ni
*kesian gila kan? haha
kalau benda ni ada kat rumah aku..
x perlu la aku bersusah nak kayuh basikal tiap-tiap hari hehe
*Segway*

Sebelum balik Hotel
singgah dulu 'The Loaf'
kedai roti Dr Mahadzir tuhh
$$$ keluar banyak,nasib baik rasa pun sedapp HAHA ;D
The Loaf
_____________________________________


Setelah berpenat lelah memujuk umi
akhirnya umi kata camni


Umi: Betol ni nak beli DSLR tu?
Aku: Ya! ya!
Umi: Tapi kena tolak duit simpanan then this year x boleh beli hadiah birthday
Aku: Hah? x de hadiah birthday? OMG!
Umi: Nak ke x?
Aku: Err..nak...huhu..


*pengorbanan seorang anak? huhu :(

_______________________________________



Then round banyak kedai...
tapi kebanyakkan kedai ada canon 550D je
harga 2 ribu lebeyh..macam la aku mampu -___-




Sampai kat satu kedai ni
kedai cina jugak la kan *nama je cuti raya cina
abang tu kata 'camera jenis apa pun ada..seribu saja'
pergh! aku dengar seribu 'sajaaa' tu






Dia bawak aku pergi tengok-tengok camera
pastu auntie sorang ni tanya



Auntie: Lu mau model apa?
Aku: Err...ada model apa?
Auntie: Ini ada canon dengan sony..saya kasi lu tengok dulu
Aku: Err... *belek-belek tapi x tau nak tengok apa
Auntie: Lu mau jenis apa ni?
Aku: Err..x tau la auntie..saya pun x tau ini DSLR ada model apa
Auntie: Haha *dengar dya gelak..rasa cam aku ni gila jahil+ sakit hati -____-
Aku: Auntie..ini canon apa kelebihan dya?
Auntie: Auntie sunggest lu amik ini sony maa..sony lagi manyak function dari canon
Aku: O00O0OO~ *padahal x tau apa pun...
Aku: Tapi ramai orang guna canon kan?
Auntie: Aha tapi sony lagi manyak function mahh..ini canon 10 megapixel
Aku: Ini Sony?
Auntie: 14.2 mahh
Aku: Oke amik!




Argh! apa yang aku tau sal DSLR ni sebenarnya? just megapixel? ceish! -___-
harga pun seribu lebih..bukan seribu 'sajaaa'
Apapun Alhamdulillah,praise to Allah :)















Balik Rumah

Alhamdulillah...
dah sampai rumah baru la aku start update
cuti mestilah x de kerja kan? boleh la update
sampai-sampai rumah je..pergh! boley baring atas katil sendiri pun dah cukup best!
aku try online facebook tadi..sikit je orang yang ade..
nak mesej pun..sape la yang nak reply mesej aku time sekolah ni -___-
sebut je bab homework *mende time cuti pun nak pikir sal homework..grrr..


apepun..esok aku tetap kena pergi sekolah..
well,jangan pikir sal sekolah boley?
kita pikir sal lembu ke..kambing pun boley gak HAHA!
sebut sal kambing kan...aku teringat something la..


korang pernah minum susu kambing ark?
kebelakangan ni parents aku selalu beli susu Hi-Goat
aku pun boley dikatakan tiap-tiap hari akan minum susu ni
aku pun x paham apa kebaikan susu kambing ni
dulu tiap-tiap hari aku amik order pelanggan mesti akan ada yang minta susu ni
aku ingat lagi kat restoran tu ada banner diorang tulis
'susu kedua terbaik selepas susu ibu..mbeeekk!!'
oke..yang 'mbeeekk!!' tu aku tipu


rasa dya pulak cemana? nak tahu?
rasalah sendiri HAHA
Aksal aku wat entry promote Hi-Goat ni
apa kaitanya dengan tajuk entry aku hari ni?
grr...-___-


Ingat! susu kedua terbaek selepas susu ibu..so untuk sesapa yang dah x boley nak minum susu ibu tu..jum kita minum susu kambing banyak-banyak HAHA!

Aku Kena Quarintine

Korang tau x quarintine tu camne?
korang tau x penyakit selsema babi H1N1 tu?
penyakit tu kalo korang disyaki dijangkiti korang akan dikurung..
habislah kebebasan dan masa depan korang semua...
sajaa aku buat terokk :)

Aha korang rasa aku kena quarintine ni sebab pa?
aku kena quarintine sebab aku ASMA
cuba baca sekali lagi..bukan aku kena pergi sekolah asma atau makcik nama asma yang datang rumah aku..aku diserang penyakit ASMA laa -___-
quarintine dalam wad je..
ataupun dengan lebih tepat lagi aku cuma masuk wad HAHA!
memang susah la nak bernafas time tu..aku ingat cam dah nak mati je haha
pastu time tu juga la datang alergic aku...gatai habis satu badan..


Dalam keadaan yang darurat pada ketika itu,ayah aku pun rush la pergi hospital..
sampai-sampai je kat sana nurse tu terus bawak aku naik kerusi roda tu *best :p
aku muntah-muntah pastu terus doktor tu paksa aku masuk wad..
boring siut duk dalam wad ni..x de bende yang nak boleh main -___-
nasib baik ayah aku bawak lappy aku malam tu..kalo tak...
sumpaa boring sepanjang hari ni....


Harap-harap la esok aku dah boleh keluar wad..
sepanjang hari aku menghadap lappy ni..
aku terlepas Bio,Kimia dengan Add Math dah minggu ni..
cemane la aku nak backup balik nanti huhu..


So pesanan aku..Jagalah kesihatan korang semua elok-elok haha
aku pun x sempat lagi nak post bab aku pergi langkawi hari tu
Insya Allah nanti aku try post kalau ada kelapangan..
Doakan aku sembuh la esok..aku dah x tahan nak duduk dalam wad ni


Satu lagi..tadi cikgu kelas aku ade call..
dia ingat aku pindah sekolah HAHA
tapi betoi la kalo aku fikir balik..
aku x pergi skolah stat dari kemarin..
kemarin pulak pendaftaran bebudak SBP ni hehehe
aku tak taw la ape kengkawan aku nak tanya time aku balik sekolah nanti! ^__^









Kesian kat budak ni ke..kesian kat aku? hahaha..

Salam Perpisahan Buat Sahabatku

Aku tengok status bebudak kat Facebook malam ni memang penuh dengan wishes la..
ye la..esok dah 7/2/2011..
tarikh di mana pelajar2 bagi beberapa buah sekolah seperti MRSM,SBP dan SMKAK perlu melaporkan diri di sekolah baru masing2...


Kekadang aku terfikir jugak..kenapa la aku x wat keputusan untuk pergi ke SBP
tapi..aku perlu berpegang pada prinsip yang telah aku buat
walau apapun yang akan berlaku selepas ini..aku tekad dengan keputusan aku..

Beberapa sahabatku juga akan melebarkan sayap ke SBP pada keesokkan har
i..
ada daripadanya merupakan sahabat aku semenjak aku berumur 7 tahun
yeah..persahabatan bukan mudah untuk dipisahkan..

kerana ukhwah yang terjalin dari sekolah rendah dan kekal hingga ke hari ini..

Akhir kalam..
Salam perpisahan untuk korang semua...
Walau di mana kita berada...
ingatlah..kita tetap pernah berjuang di bawah satu naungan..
tetapkan niat...dan kuatkan azam..

semoga korang semua x terpesong dari landasan yang telah ditetapkan..

May Allah Bless All Of You My Beloved Friends ^____^





ni antara muka-muka sahabatku yang telah menemaniku hampir 10 tahun,




SOLLIHIN



AIMAN




MUNZIR

Kebolehan Terpendam

Tahun ni aku duk kat kelas budak-budak stady la katakan..
memang x best sungguh...aku pun x tau kenapa aku x boleh nak enjoy duk dalam kelas tu..
Aku rasa kekadang aku ni pendiam la jugak kan..well,sape tau? HAHA


Kalau sesapa yang tuisyen dengan aku memang tau la aku ni jenis pendiam camna..
tapi aku tetap diri aku so..x penting cemana perangai aku pun..

Berbalik kepada tajuk tu..
Aku rasa setiap orang di muka bumi ini mempunyai kebolehan terpendam..
termasuklah sesiapa yang membaca blog aku ni...
korang x percaya? korang x pernah rasa korang hebat?
heyy! kita dilahirkan sebagai JUARA oke?
believe it! korang semua memang ada kebolehan yang korang sendiri x pernah tahu!

Sebenarnya..
Aku 'x suka kelas budak pandai' sebab aku rasa aku x boleh nak keluarkan kebolehan terpendam tu dalam kelas budak budak pandai..paham?


Bagi aku..x pernah ada istilah pelajar bodoh dalam memana sekolah pun dekat malaysia ni..budak yang x dapat:

  • 5A dalam UPSR

  • 8A dalam PMR

  • 10A dalam SPM

akan gagal dalam hidup? rezeki daripada Allah la weyh..ada datuk nenek moyang kita dulu dapat 10A dalam SPM? Allah lebih mengetahui apa yang baik bagi hambanya...kekadang diorang yang x dapat result cam pelajar-pelajar pandai ni lebih berjaya dalam hidup..kepandaian tidak diukur berdasarkan peperiksaan..


Err..dah lari dari tajuk asal...aku pun x tahu ape yang aku cuba cakap ni..macam salah tajuk je post ni haha,baca je lahh :p








He's alone...how bout us?





Keputusan Muktamat

Akhirnya..aku dah buat keputusan..
aku nak stay lagi kat sekolah lama aku tu..
walaupun aku mungkin akan menyesal suatu hari nanti..
tapi aku berserah pada Allah je..
lagipun memang mak aku nak aku stay lagi kat sekolah tu..
aku harap lagi 2 tahun kat sekolah lama aku ni dapat mematangkan aku lagi..
semoga Allah membantuku dalam segala bentuk kesusahan dan kesenangan..
meneruskan perjuanganku sebagai seorang pelajar..




Maybe aku kehilangan banyak gak kawan lepas tarikh 7/2/2011 ni
kenangan aku bersama diorang...memori indah dalam kehidupanku bergelar remaja..
kawan-kawan aku yang dari sekolah rendah pun ade yang nak pindah..
kelas aku tu dah la banyak budak asrama...
lepas ni jadi blurr la kelas tu..x best kut stady senyap-senyapsetakat ini sahajalah coretan mindaku pada malam ini ^__^






Cena yea SPM yang akan aku hadapi tahun hadapan? ^__^

Handphone Baru

hak3 leyh la ade gak mende nak cakap dalam post ni
kalo x memang aku pun x tau nak post apa -__-


oke kemarin ayah aku beli kat aku handset sempena dapat 9A
tapi entah napa aku cam x enjoy je hadiah tu..

well,tengah pening nak wat keputusan nak pindah pegy SBPI ke x..
haizz...pening2..
tapi apepun aku berserah kepada Allah je la ^__^


aku minat kat handset ni sbb ade camera 8.1 MP tu je..
tapi kualiti cam sama je dengan handset lain..haiyoo..
hadiah aku x la hebat cam korang semua.. *kesah apa aku hadiah korang hehe
Alhamdulillah..all thanks to Allah :)


ehem2...baru aku sedar..yang ni post aku kali ke 2 untuk bulan januari tahun ni?
HAHA sory lahh ea..aku tahu aku memang malas menaip..




nahh!! santapan mata! kalo x cun jangan komplen! diamkan je haha







My New Vivaz ^__^


Tawaran Persekolahan

argh!! lama siut aku x wat new post!!
tapi x pe..aku x rasa ade sesapa yang nak marah kut hehe
aku bizi skit dengan skolah kebelakangan ni..pening dengan tawaran SBPI ni la -__-
aku takut kalau aku pergi skolah baru aku x de ramai kawan dan aku x pandai nak sesuaikan diri pulak..

erm..aku kesian la tengok kawan kawan aku yang x dapat SBPI ni..ade yang sampai delete FB diorang la..dorang suma pandai..sebab tu aku cakap dekat diorang..rezeki ade kat mana mana je..kita minta kat Allah..jangan berputus asa sudah le..

apepun tawaran SBPI kubang pasu ni ramai gak kawan kawan aku yang dapat..
gudluck la dekat sesapa yang nak pindah tu..hijrah pun bagus gak kan? ^__^

persiapkanlah diri kita dengan iman dan perbetulkan niat kita siap siap
jangan bila dah masuk sekolah baru..kita dah terpesong dari landasan yang telah kita 'set' sebelum ni..buatlah keputusan yang tepat supaya kita tidak menyesal pada suatu hari nanti oke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...